Bar Mini Aplikasi, Media Berbayar, Carian Stori dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Bar Mini Apl, Media Berbayar, Carian Stori dan Banyak Lagi

Kemaskini Jun kami menambah cara untuk meminimum aplikasi mini ke dalam bar padat, membantu pencipta konten menjana wang dari saluran mereka dengan foto dan video berbayar, dan memperbaiki Stori dengan memperkenalkan carian mengikut hasytag atau lokasi dan wiget link yang baru.

Mulai hari ini, juruprogram aplikasi mini dan pencipta konten boleh menggunakan Star yang mereka peroleh untuk menerima ganjaran dalam Toncoin atau membeli Iklan Telegram pada kadar diskaun istimewa.

Bar Aplikasi Mini

Lebih daripada 500 juta pengguna Telegram kini berinteraksi dengan aplikasi mini setiap bulan untuk membeli produk, mengakses servis, dan bermain permainan.

Mulai hari ini, anda boleh mengecilkan aplikasi mini ke dalam bar di bahagian bawah skrin anda. Ini membolehkan anda membalas mesej, membuka aplikasi mini lain — dan kemudian kembali ke aplikasi mini tanpa menunggu untuknya memuat sekali lagi.

Sekiranya anda perlu memantau beberapa hamster. 😌

Untuk minimumkan aplikasi, hanya leret ke bawah pada tajuknya. Untuk membuka semula, tekan bar aplikasi di bahagian bawah skrin anda dan pilih salah satu aplikasi aktif anda.

Jika anda seorang juruprogram, lihat laman ini untuk butiran lanjut.

Bayar untuk Konten dengan Telegram Star

Bulan lepas kami melancarkan Telegram Star untuk membeli produk digital dalam aplikasi mini.

Sekarang, pencipta konten boleh menerbitkan foto atau video berbayar dalam saluran mereka. Pelanggan hanya akan dibenarkan melihat pos tersebut selepas membayar Star kepada pengarang mereka.

Sekiranya anda ingin mengenakan bayaran kepada orang untuk menonton Upin dan Ipin istemewa anda. 😌

Pencipta boleh menggunakan Star untuk mendapatkan ganjaran mata wang kripto dalam Toncoin, atau menggunakannya untuk mengiklankan saluran mereka dan mendapatkan lebih banyak pelanggan - semuanya ini dengan hampir komisen sifar dari Telegram.

Cari Cerita dengan Hasytag

Mengetik #hasytag dalam mana-mana bual membolehkan anda melihat hasil carian untuk tag tersebut dari bual anda dan dari saluran awam. Dengan kemaskini ini, menekan hasytag dalam kapsyen stori membolehkan anda melayari stori awam dengan tag yang sepadan.

Sekiranya anda mahu #lagi. 😌

Jika anda seorang pencipta konten atau bisnes, anda boleh menggunakan hasytag untuk membantu meningkatkan penonton anda – memberikan pengguna Telegram cara untuk menemui profil atau saluran anda secara organik.

Telegram Bisnes menawarkan ciri berkuasa untuk pencipta dan syarikat dan ianya termasuk secara percuma dengan Telegram Premium.

Cari Stori Mengikut Lokasi

Pengguna yang sedang bercuti, di acara, atau sekadar keluar makan boleh menambah tag lokasi pada cerita mereka untuk menunjukkan kepada orang lain di mana untuk mencari pemandangan indah dan hidangan lazat.

Seperti hasytag, menekan tag lokasi membolehkan anda melayari stori awam dari tempat yang sama – jadi anda boleh mengimbas kembali konsert malam tadi atau merancang destinasi perjalanan anda yang seterusnya.

Sekiranya kita tidak bersendirian di Alam Semesta. 😌

Hanya stori yang anda dibenarkan untuk melihat akan muncul dalam carian hasytag atau lokasi. Stori privat tidak akan pernah muncul dalam hasil carian.

Premium: Wiget Link dalam Stori

Pengguna premium boleh membuat link menonjol dengan menambah wiget link ke dalam stori mereka. Ini mencipta pratonton link bergaya pada foto atau video anda, yang menyokong kedua latar belakang cerah dan gelap untuk dipadankan dengan media anda.

Sekiranya link besar lebih baik daripada 1000 gambar. 😌

Wiget link membolehkan anda menambah nama link tersuai – yang menggantikan teks URL di bahagian atas pratonton.

Ganjaran untuk Pencipta dan Juruprogram

Juruprogram bot yang menawarkan produk dan perkhidmatan digital dan pencipta yang menjana wang melalui saluran mereka dengan pos berbayar kini boleh menggunakan Telegram Star yang mereka peroleh untuk menerima ganjaran dalam Toncoin atau membeli Iklan Telegram.

Telegram secara praktikal mengambil tiada komisen dari transaksi dalam Star, jadi hanya cukai dan yuran pembayaran sistem yang akan dikenakan. Bila anda pindah Star ke dalam akaun Iklan Telegram anda, Telegram bahkan tambah diskaun 30% untuk menampung yuran sistem pembayaran pihak ketiga.

Ganjaran Toncoin

Jika saluran atau bot anda mempunyai Star dalam baki, anda boleh mengeluarkannya sebagai ganjaran Toncoin melalui Fragment. Toncoin adalah mata wang utama pada Rangkaian Terbukablockchain terpantas di dunia. Anda dengan mudah boleh menukar mereka untuk mana-mana mata wang kripto yang lain.

Ganjaran Toncoin

Sekiranya mengumpul Star bukan matlamat akhir anda. 😌

Untuk melihat baki Star bot anda, buka Profil > tekan 'Sunting' > Baki. Untuk saluran, pergi ke Profil > Statistik > Monetisasi.

Iklan Bersubsidi untuk Pencipta dan Juruprogram

Sesiapa sahaja boleh meletakkan iklan yang menjaga privasi dalam saluran Telegram awam untuk mempromosikan bot, saluran atau grup mereka.

Juruprogram bot dan pencipta konten juga boleh menggunakan Star untuk mempromosikan bot atau saluran mereka dengan diskaun 30% – mencipta cara yang kos efektif untuk mencapai pengguna baru.

Iklan bersubsidi untuk Pencipta dan Juruprogram

Sekiranya anda telah berjaya dalam ujian marshmallow. 😌

Untuk guna Star untuk iklan, pergi ke Baki atau seksyen Monetisasi dan tekan 'Beli Iklan'. Star hanya boleh diguna untuk mengiklan bot atau saluran yang sama di mana keuntungan dijana.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan Star anda, menerima ganjaran, dan meletakkan iklan, lihat Terma Servis untuk Juruprogram Bot dan Pencipta Konten.

Sekian untuk hari ini – kami akan sibuk melayari stori dan bermain permainan daripada bekerja untuk kemaskini seterusnya.


30 Jun 2024,
Pasukan Telegram

Berita Lain

Палепшаныя відэа і шмат чаго яшчэ

Сённяшняе абнаўленне дадае хутчэйшую загрузку, лепшую якасць і новыя налады хуткасці для відэа, меткі апошняга рэдагавання, далучэнне медыя да адпраўленых паведамленняў, павялічаныя…
31 Okt 2024

Падарункі, платформа верыфікацыі і шмат чаго яшчэ

Карыстальнікі цяпер могуць адпраўляць падарункі сваім сябрам. Атрымальнікі падарункаў могуць паказваць іх на сваіх старонках профілю або…
5 Okt 2024

Зорныя розыгрышы і шмат чаго яшчэ

З сённяшнім абнаўленнем групы і каналы могуць выкарыстоўваць Зоркі Telegram у якасці прызоў у розыгрышах. Таксама для любога артыкула, які вы адкрылі ў браўзеры Telegram, цяпер можна…
6 Sep 2024

Суперканалы, зорныя рэакцыі і падпіскі

Сёння 11-я гадавіна стварэння Telegram. З жніўня 2013 года мы мелі смеласць першымі рабіць шматлікія новыя функцыі і выраслі амаль да аднаго мільярда карыстальнікаў з нулявымі выдаткамі…
14 Ogo 2024