Bunyi Notifikasi, Revolusi Bot dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Bunyi Notifikasi, Revolusi Bot dan Banyak Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan mencipta nada notifikasi tersendiri anda, menentukan aturan tempoh tersuai untuk senyapkan bual atau hapus auto bual, dan juga bot kelajuan tinggi yang bersedia untuk mengatasi mana-mana laman web, dapat memajukan pos yang lebih baik yang mengekalkan turutan balas, dan banyak lagi.

Bunyi Notifikasi Tersuai

Anda boleh jadikan mana-mana bunyi kepada nada notifikasi, mencipta peringatan tersuai dari muzik kesukaan anda, malah juga meme (dan meow). Tekan pada fail audio singkat atau mesej suara dalam bual untuk dengan segera tambah ke senarai bunyi notifikasi anda, dan anda boleh gunakannya di mana-mana bual.

Nada Telegram berupaya merentas platform dan seratus peratus percuma – seperti sewajarnya.

Anda boleh akses bunyian anda di semua peranti anda melalui Aturan > Notifikasi dan Bunyi. Di sana anda boleh tambah nada baru dan set bunyi untuk bual peribadi atau kesemua bual.

Nada kini mendokong fail audio dan mesej suara di bawah 5 saat dan sehingga saiz 300 KB. Sila cuba contoh yang dicipta oleh pasukan kami (dan binatang peliharaan mereka) di saluran Bunyi Notifikasi.

Tempoh Senyap Tersuai

Untuk beberapa tahun yang sudah, pengguna Telegram boleh senyapkan bual untuk sementara waktu untuk berehat sebentar dari notifikasi, umpamanya untuk 8 jam atau 2 hari. Kini anda boleh hentikan notifikasi untuk tempoh tertentu, seperti sepanjang anda tidur di tengah hari atau apabila pergi bercuti untuk beberapa hari.

Setiap bual mempunyai menu diselarikan untuk mengubah peringatan – pilih Nyahdaya Bunyi untuk terima notifikasi secara senyap, atau salah satu dari opsyen Senyap untuk tutup notifikasi secara keseluruhan.

Di Android, tekan 'Notifikasi', di laman info bual atau Menu Android > Senyap di kepala bual. Di iOS, tekan 'Senyap' pada laman info bual.

Menu Hapus Auto Baru di Profil

Hapus Auto boleh didayakan di mana-mana bual untuk jadikan perbualan lebih sulit atau kurang bersepah. Kini hanya memerlukan beberapa tekanan untuk dayakan dan menyokong aturan pemasa fleksibel – seperti 2 hari, 3 minggu, 4 bulan, dan seterusnya.

Dayakan Hapus Auto dari Menu Android or Menu iOS di laman info bual.

Balas pada Mesej Dimajukan

Telegram merupakan aplikasi pertama melaksanakan membalas mesej secara mudah dan efisien untuk menavigasi (2015). Leret ke kiri pada mana-mana mesej untuk membalasnya. Balasan anda akan merangkumi pratonton kecil yang anda boleh tekan untuk lompat dengan segera ke mesej asal.

Pratonton balas yang sama kini dirangkumi bila memajukan mesej ke bual yang lain, agar semua orang boleh lihat konteks jenaka anda sepenuhnya.

Anda sentiasa boleh sembunyi nama pengirim atau kapsyen media jika anda ingin majukan mesej tanpa pengenalan.

Revolusi Bot

Semenjak 2015, berjuta manusia telah mengguna bot untuk menukar fail, membeli di talian malah juga membayar cukai mereka. Bot Telegram telahpun mendokong kelulusan tanpa batas, memproses pembayaran menerusi 15 pembekal pembayaran bersepadu (dengan Google Pay dan Apple Pay di luar kotak), mendapatkan maklum balas, mengirim notifikasi yang sesuai kepada pengguna, dan banyak lagi.

Pada hari ini, kami memperkenalkan dimensi baru sepenuhnya, membolehkan juruprogram bot guna alatan untuk mencipta interfes fleksibel yang tidak terhingga dengan JavaScript, bahasa program yang paling popular di dunia. Malah, bot Telegram kini boleh mengganti mana-mana laman web dengan sepenuhnya.

Untuk mendapat idea apa yang diharapkan dari bot Telegram pihak ketiga, sila cuba pesanan dengan makanan segera secara fiksyen dengan bot contoh kami @DurgerKingBot.

Juruprogram dialu-alukan untuk memeriksa dokumentasi Bot API – dan biarkan imaginasi mereka berjalan liar.

Interfes ini boleh diprogram untuk bersesuaian dengan tema pengguna – menukar skema warna secara langsung, contohnya bila bertukar di antara mod Siang dan Malam atau mengeset tema tersuai.

Tetapkan dengan Segera Bot Pentadbir

Bot Telegram juga boleh laksanakan tugas kecil seperti pengurusan bual dengan memasukkan ciri tambahan, mengautomasikan proses atau membantu pentadbir. Pengguna kini boleh dengan pantas masukkan bot ke grup atau saluran mereka terus dari profil bot dan dengan segera menetapkan kuasa dan permisi untuk bot.

Bot hanya boleh dimasukkan ke saluran selaku pentadbir, sementara bot boleh dimasukkan ke grup sebagai ahli atau pentadbir.

Penambahbaikan Penterjemahan Mesej di iOS

Ciri Penterjemahan dalam aplikasi untuk peranti iOS telah dinaiktaraf untuk mendokong penterjemahan yang lebih berkualiti dari banyak lagi bahasa, seperti Ukrin – dan kini telah boleh menterjemah bahasa setaraf dengan aplikasi Android.

Dayakan Penterjemahan di Aturan > Bahasa untuk tambah butang Penterjemahan khusus di menu konteks bila memilih mesej. Anda juga boleh kecualikan mana-mana bahasa yang anda bercakap dengan fasih – yang akan sembunyikan butang terjemah untuk mesej tersebut.

Gambar-dalam-Gambar Yang Lebih Baik di Android

Mana-mana video di aplikasi mudah alih Telegram boleh ditonton dengan Gambar-dalam-Gambar, agar anda dapat terus berbual ketika sedang menonton penstriman langsung atau mengumpul kucing. Kemaskini kali ini menambahbaik jendela pemain di Android – picit untuk menukar saiznya, tekan X untuk menutupnya dengan pantas, dan nikmati rekaan baru berbentuk pemjuru bulat.

Video Gambar-dalam-Gambar berfungsi di setiap platform aplikasi Telegram – termasuk iOS, macOS dan Telegram Desktop.

Animasi Baru

Interfes untuk menukar nombor fon anda di Aturan kini mempunyai corak baru dengan itik beranimasi yang akan menunjuk anda proses yang diperlukan. Menukar nombor fon akaun anda akan mengemaskini ke mana kami mengirim kod log masuk anda di masa akan datang – semua bual, media dan Aturan lain anda akan kekal dalam bentuk yang sama.

Memastikan nombor fon anda yang terkini adalah mustahak, agar anda sentiasa boleh menerima kod log masuk dan mengakses akaun anda. Anda boleh menukarnya secara mudah dengan menekan nombor fon anda di Aturan.

Lagi Emoji Beranimasi

Sekiranya anda sedang mencari Makanan Yang Boleh Bergerak, sila kirim mesej dengan satu emoji untuk mendapat salah satu dari di bawah dalam bual:

Dan itu sahaja untuk kemaskini Telegram buat kali ini. Jangan ke mana-mana untuk banyak lagi pembaharuan dalam masa terdekat!


16 April 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

개선된 비디오 및 그 외 다수

오늘 업데이트에서는 영상의 더 빠른 로딩, 더 나은 품질 및 새로운 속도 제어 기능, 마지막 편집 타임스탬프, 보낸 메시지에 미디어 첨부, 미니 앱의 증가된 제한, 개발자를 위한 새로운 수익화 옵션 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Okt 2024

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024