Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Kemaskini ini membolehkan pengguna berkongsi keseluruhan folder bual dengan hanya satu link, cipta kertas dinding khusus untuk bual peribadi, guna aplikasi web dalam mana-mana bual dan banyak lagi.
Folder Bual kini boleh dikongsi dengan link – menjemput kawan atau rakan sekerja anda ke berdozen grup kerja, koleksi saluran baru dan banyak lagi. Dengan hanya satu tekanan, mereka dapat menambah folder dan serta-merta menyertai kesemua bual di dalamnya.
Setiap folder bual menyokong beberapa link jemputan, membenarkan akses ke bual berlainan. Bila mencipta link, pilih bual yang anda ingin masukkan – dan berinya nama unik yang bersesuaian, seperti Pelatih atau Pengurus.
Anda boleh merangkumi mana-mana bual awam, dan juga bual di mana anda mempunyai permisi untuk tambah pengguna.
Jika anda tambah banyak lagi bual ke folder anda dan mengemaskini linknya, ahli akan nampak cadangan untuk sertai bual baru tersebut.
Untuk cipta folder, buka Aturan > Folder Bual. Untuk perincian lanjut, sila lihat panduan khusus bagi Folder Boleh Dikongsi.
Foto kegemaran anda dan kombinasi warna boleh dijadikan kertas dinding tersuai dalam bual tertentu untuk memberi perbualan, sentuhan peribadi ekstra serta menambah penampilannya.
Selepas mengeset kertas dinding satu mesej khas akan dikirim dalam bual yang membenarkan teman bual anda menambah kertas dinding bual yang sama di pihak teman anda – atau teman anda boleh mencipta latar belakangnya sendiri.
Anda boleh set kertas dinding tersuai dalam mana-mana bual 1-dengan-1. Untuk set latar belakang tersuai, tekan > 'Set Kertas Dinding' di kepala bual pada Android, atau buka profil dan tekan > 'Tukar Kertas Dinding pada iOS.
Bot Telegram mampu menjadi hos kepada aplikasi web tanpa batas Telegram, membawa servis dan utiliti kepada berjuta pengguna – aplikasi web ini kini boleh dilancarkan dalam mana-mana bual.
Bot aplikasi web yang menyokong ciri ini boleh diakses melalui link terus atau dengan menyeru nama samaran bot dalam mana-mana bual di Telegram. Sebagai contoh, cuba taip @durgerkingbot (diikuti dengan sengkang) dalam mana-mana bual — atau poskan link ini: https://t.me/DurgerKingBot/menu
Bila buka dalam grup, aplikasi web kini boleh menyokong kolaborasi dan ciri pemain berbilang untuk ahli.
Ini akan terus mengembang peluang yang sudah luas untuk juruprogram dan pedagang pihak ketiga di Telegram — secara percuma untuk semua orang. Sila semak API dan mula bangunkan program!
Langgani @BotNews untuk mengikuti kemaskini terbaru mengenai bot Telegram.
Bot kini boleh mengguna koleksi nama samaran – termasuk link tanpa akhiran -bot.
Anda juga boleh membeli Telegram Premium untuk diri anda atau menghadiahkan kepada sesiapa melalui Fragment.
Menu lampiran kini boleh diskrol pada kelajuan amat pantas, sama seperti Media Dikongsi. Tarik ke bawah pada bar tarikh untuk menjelajah masa.
Dalam grup kurang dari 100 ahli dengan tajuk didayakan, waktu dibaca kini mempamirkan bila mesej anda dibaca oleh ahli grup.
Kirim Bila Di Talian memerlukan kurang tekanan butang – dalam bual di mana anda boleh lihat ‘waktu terakhir nampak’ teman bual anda, tekan lama butang Kirim.
Anda boleh cipta grup tanpa menambah ahli terlebih dahulu – sekiranya anda ingin set permisi dan semat beberapa mesej di peringkat permulaan.
Pada iPhone terbaru, gambar profil mempunyai animasi baru – meluncur secara lancar ke dalam pulau dinamik bila anda skrol pada profil dan laman info.
Dan itu sahaja untuk hari ini – kita jumpa lagi dengan ciri canggih dalam masa terdekat.
21 April 2023
Pasukan Telegram