Soalan Lazim ini adalah mengenai saluran Telegram.
Kembali ke Soalan Lazim induk »
Saluran adalah alat untuk menyiarkan mesej umum kepada khalayak ramai. Malah, saluran boleh menpunyai pelanggan tanpa had. Bila anda pos di saluran, mesej akan ditanda dengan nama saluran dan bukannya nama anda. Anda boleh melantik pentadbir tambahan untuk membantu anda mengurus saluran. Pelanggan baru boleh nampak kesemua sejarah mesej di saluran bila mereka menyertainya.
Jika anda inginkan contoh, sila sertai saluran Telegram resmi kami untuk mendapat notifikasi mengenai penambahbaikan kami.
Untuk mencipta saluran:
iPhone: Mula mesej baru (ketuk ikon di buncu kanan atas dalam Bual). Kemudian 'Saluran Baru'.
Android: Ketuk ikon pensil di sejarah bual. Kemudian 'Saluran Baru'.
Windows Phone: Ketuk butang ‘+’ di bar di bawah. Kemudian 'Saluran Baru'.
Saluran awam mempunyai nama samaran. Sesiapa juga boleh menjumpai mereka di cari dan sertai Telegram. Saluran peribadi adalah komuniti tertutup - anda perlu dimasukkan oleh pemilik atau dapatkan link jemputan untuk sertai.
Perhatikan juga bahawa saluran peribadi yang mempunyai link jemputan akan dikira sama dengan saluran awam, bila ianya sampai ke konten dipertikaikan.
Pemilik saluran boleh siarkan mesej, hapus mana-mana mesej, tambah pelanggan (untuk 200 yang pertama sahaja), keluarkan pelanggan, tukar nama saluran, profil imej dan link, dan juga menghapus saluran. Pemilik juga boleh tambah dan keluarkan pentadbir untuk membantu anda mengurus saluran.
Anda boleh setkan kuasa pentadbir untuk setiap pentadbir bila anda melantik mereka.
Jika mesej dihapuskan di saluran, ianya akan terhapus untuk semua pelanggan.
Sebagai pemilik saluran, anda boleh masukkan 200 pelanngan pertama ke saluran anda. Apabila jumlah pelanggan mencapai 200 orang, saluran akan berdikari. Jika ianya saluran awam, ia akan mempunyai nama samaran dan link telegram.me/, (cth. t.me/telegram) – anda boleh pos link tersebut di rangkaian sosial, iklankannya di majalah, atau cetakkannya di belakang anda. Jika anda punyai saluran peribadi, anda boleh kirim link jemputan kepada kenalan anda.
Tolong jangan kirim link saluran (atau mesej yang tak diminta) kepada bukan kenalan anda. Jika mereka lapur spam dari akaun anda, anda mungkin akan disekat dari berhubung dengan orang lain, tak kira jika anda berniat baik sekali pun.
Setiap pos di saluran ada pembilang dilihat. Jumlah dilihat dari salinan mesej anda yang dimajukan juga akan dimasukkan ke jumlah besar bilangan dilihat. Dengan cara ini anda dapat lihat berapa luas mesej anda telah tersebar.
Sila ambil perhatian bahawa nombor bilangan adalah anggaran - kami tidak menyimpan rekod untuk setiap apa yang anda lihat. Selepas beberapa ketika (sekitar 4 hari), Telegram akan lupa yang anda telah melihat pos sebelum ini dan akan bilang sekali lagi jika anda membuka pos itu sekali lagi. Tidak hairanlah kalau anda mungkin akan nampak beberapa bilangan dilihat untuk pos di saluran peribadi di mana hanya anda pelanggannya.
Sebagai pemilik saluran, and boleh dayakan tanda nama pentadbir yang mana pengguna akan dapat nampak di sebelah pembilang dilihat. Tanda nama ini hanya memapar nama pentadbir dan tiada link ke profil mereka.
Jika tanda nama dinyahdayakan, pelanggan tidak akan dapat mengetahui samada mesej dipos oleh pemilik saluran atau salah seorang dari pentadbir.
Anda boleh tambah grup diskusi ke saluran, dan pelanggan anda akan nampak butang komen untuk setiap pos di saluran. Komen akan dipaparkan di jajaran mereka sendiri dan juga diposkan di grup diskusi agar semua ahli grup dapat nampak dan juga memudahkan pentadbir mengawasi komen mereka demi untuk kesejahteraan perbualan.
Anda juga boleh guna bot (contoh @like) untuk menambah butang di pos anda.