Soalan Lazim Telegram Premium

Soalan Lazim ini merangkumi soalan utama mengenai Telegram Premium.
Sila semak Terma dan Servis Premium kami untuk makluman lanjut, dan juga Soalan Lazim asas kami untuk soalan umum mengenai Telegram.

Premium Telegram Premium

Umum
Ciri
Ketersediaan
Pembayaran
Pembatalan
Privasi dan Data

S: Apa dia Telegram Premium?

Telegram Premium adalah servis opsyen langganan yang membuka ciri tambahan eksklusif, dalam masa yang sama membantu pembangunan aplikasi. Ianya sebahagian dari monetisasi mampan Telegram – didorong oleh pengguna kami, dan bukannya oleh pengiklan atau pemegang saham. Dengan cara ini, Telegram boleh terus kekal berdikari dan memberi prioriti kepada pengguna terlebih dahulu.

Baca pengumuman Telegram Premium di Blog Telegram

S: Apakah ciri-ciri yang terkandung?

Buat masa ini, semua pengguna Premium menerima:

Saluran @Premium mengandungi penerangan terperinci untuk setiap ciri, dan juga senarai kesemua stiker Premium.

S: Bagaimana boleh saya langgani?

Pengguna boleh langgani melalui App Store, Google Play (Aturan Telegram > Telegram Premium) atau @PremiumBot. Melanggan melalui bot memberi pengguna harga diskaun, oleh kerana pembayaran tidak tertakluk kepada yuran dari Apple atau Google.

@PremiumBot kini boleh diakses dari versi terus Telegram Android, Desktop dan aplikasi macOS.

S: Adakah Telegram masih lagi percuma?

Ya! Semua ciri yang tercipta sebelum Telegram Premium diperkenalkan akan terus percuma untuk diguna – termasuk storan awan tanpa had, grup dan saluran gergasi, panggilan suara dan video, sokongan untuk pelbagai peranti dan akaun, beribu stiker dan ciri-ciri lain yang sukar dihitung. Lagipun, kemaskini Telegram di masa depan akan terus menambah ciri baru untuk semua pengguna.

S: Adakah saya perlu Premium untuk berinteraksi dengan pengguna Premium lain?

Tiada halangan untuk pengguna bukan Premium. Malah, banyak ciri Premium juga dimanfaat secara percuma . Sebagai contoh, sesiapa juga boleh memuat turun fail bersaiz 4GB yang dimuat naik oleh pengguna Premium, menonton animasi stiker premium, atau tekan untuk menambah bilangan kepada reaksi eksklusif yang telah ditambah oleh pengguna premium.

Ciri

Senarai penuh ciri premium tersedia di saluran @Premium.

S: Adakah pengguna akan menerima ciri baru secara percuma di masa akan datang?

Ya, pengguna yang tidak melanggan akan masih menerima banyak ciri baru. Telegram Premium membolehkan kami menawarkan semua sumber tenaga kami untuk memenuhi permintaan pengguna, dalam beberapa tahun yang lalu, dan dalam masa yang sama meneruskan akses percuma kepada permesejan yang paling hebat di planet.

S: Mengapa beberapa ciri premium tidak tersedia di setengah aplikasi?

Jika anda melanggan Telegram Premium, akaun anda boleh akses kepada semua ciri premium yang tersedia. Setengah klien mungkin tidak menyokong dalam masa terdekat satu atau beberapa ciri ini – untuk memanfaat langganan anda, cuba ambil kesempatan penuh degan mengguna salah satu dari aplikasi rasmi kami, seperti Telegram untuk Android, iOS, Desktop dan macOS.

S: Adakan dijamin bahawa kelajuan muat turun saya akan meningkat selepas melanggan?

Melanggani akan membebaskan had kelajuan muat turun dari pihak Telegram. Jika kelajuan muat turun anda tidak meningkat, anda mungkin menghadapi batasan lain seperti peranti anda, pembekal internet, dll.

Lihat Terma Servis kami untuk keterangan lanjut.

S: Bolehkah saya tutup lencana premium saya?

Lencana akan kelihatan di sebelah nama untuk semua pelanggan Telegram Premium.

S: Kenapa rakan bukan premium saya boleh menambah reaksi premium?

Setengah ciri premium boleh diakses oleh pengguna yang tidak melanggan, asalkan pelanggan premium menggunanya terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda melanggan dan tambah reaksi premium ke mesej, rakan anda boleh menambah reaksi sejenis kepada mesej tersebut. Ini juga terpakai untuk fail: mana-mana pengguna boleh memuat turun fail besar bersaiz 2+GB yang dimuat naik oleh pengguna premium.

S: Kenapa saya masih nampak iklan dalam saluran?

Mesej Ditaja rasmi adalah sangat sedikit, iklan tanpa sasaran yang Telegram mungkin pamirkan di setengah saluran awam satu-ke-ramai yang mempunyai ramai pelanggan. Iklan ini akan tersembunyi untuk pengguna yang melanggani Telegram Premium.

Pentadbir saluran mungkin akan mengepos konten untuk mempromosi dalam komuniti mereka – ini adalah di luar kawalan Telegram, dan ianya akan masih terpapar untuk pengguna Premium.

Sila lihat Terma Servis kami untuk keterangan lanjut.

Ciri Premium untuk Saluran

S: Bolehkah saya dapat Premium untuk Saluran saya?

Saluran boleh akses setengah ciri Premium dengan menerima tingkat dari pelanggan Premium. Untuk setiap tahap mereka maju, saluran boleh pos 1 stori tambahan per hari dan boleh tambah 1 lagi reaksi tersuai. Setiap tahap juga membuka opsyen pengkhususan seperti status emoji, tema dan kertas dinding tersuai. Di sini adalah keperincian untuk setiap tahap.

S: Bagaimana saya boleh dapat tingkat?

Saluran dinaikkan tahap dengan menerima tingkat dari pelanggan Premium subscribers mereka atau dengan melakukan pemberian. Berkongsi link unik tingkat anda dengan pelanggan membolehkan pengguna Premium beri tingkat mereka ke saluran anda. Dengan menjadi hos kepada pemberian, saluran anda akan dengan segera menerima semua 4 tingkat dari setiap pelanggan Premium yang dihadiahkan.

Untuk mencari link tingkat anda, mula pemberian atau semak tahap saluran anda, buka Profil Saluran > Aturan Saluran > Statistik dan Tingkat > Tingkat.

S: Bolehkah saya tingkat saluran secara bersendirian?

Pentadbir saluran boleh hadiah Telegram Premium kepada rakan dan kenalan mereka – dan menerima 3 tingkat untuk setiap hadiah, yang anda boleh agihkan secara peribadi kepada saluran anda tanpa melakukan pemberian.

S: Berapa banyak tingkat yang saya perlu?

Setiap saluran perlu nombor tingkat berlainan untuk naikkan tahap – berdasarkan kepada jumlah pelanggan mereka. Untuk setiap tahap yang diperolehi, mereka membuka lebih banyak ciri dan opsyen penyesuaian

S: Apa yang terdapat pada setiap tahap?

Tahap 1

  • 1 Stori Per Hari
  • 1 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 7 Corak untuk Link dan Petikan

Tahap 2

  • 2 Stori Per Hari
  • 2 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 14 Corak untuk Link dan Petikan

Tahap 3

  • 3 Stori Per Hari
  • 3 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan

Tahap 4

  • 4 Stori Per Hari
  • 4 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan

Tahap 5

  • 5 Stori Per Hari
  • 5 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 8 Warna untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan

Tahap 6

  • 6 Stori Per Hari
  • 6 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 16 Warna untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan

Tahap 7

  • 7 Stori Per Hari
  • 7 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 16 Warna untuk Penutup Saluran
  • Logo Tersuai untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan

Tahap 8

  • 8 Stori Per Hari
  • 8 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 16 Warna untuk Penutup Saluran
  • Logo Tersuai untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan
  • 1000+ Status Emoji

Tahap 9

  • 9 Stori Per Hari
  • 9 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 16 Warna untuk Penutup Saluran
  • Logo Tersuai untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan
  • 1000+ Status Emoji
  • 8 Latar Belakang Saluran

Tahap 10

  • 10 Stori Per Hari
  • 10 Reaksi Tersuai
  • 7 Warna Nama Saluran
  • 16 Warna untuk Penutup Saluran
  • Logo Tersuai untuk Penutup Saluran
  • 21 Corak untuk Link dan Petikan
  • Logo Tersuai untuk Link dan Petikan
  • 1000+ Status Emoji
  • 8 Latar Belakang Saluran
  • Latar Belakang Saluran Tersuai

Ketersediaan

S: Bolehkah saya mendaftar dari mana-mana aplikasi?

Ya, anda boleh langgan ke Telegram Premium dari mana-mana aplikasi atau platform yang anda gemar – walaupun anda jarang mengguna peranti tersebut. Ciri Premium tersegerak ke seluruh akaun anda, dan tersedia pada semua peranti.

Melanggan melalui @PremiumBot dalam Aplikasi Terus adalah lebih murah daripada mendaftar melalui Google Play atau App Store.

S: Saya mempunyai beberapa akaun Telegram, bolehkah saya langgan dengan semua mereka di bawah satu akaun Google/ID Apple?

Tidak. Satu akaun Google/ID Apple hanya menyokong satu langganan aktif dalam satu-satu masa. Untuk lebih dari satu akaun, anda boleh guna @PremiumBot pada aplikasi disokong untuk membeli langganan tambahan.

S: Kenapa Telegram Premium tidak terdapat di negara saya?

Ada kemungkinan undang-undang dan peraturan tempatan tidak memungkinkan orang dari mengakses Telegram Premium dari negara anda. Juga ada kemungkinan negara anda tidak disokong oleh pemproses pembayaran yang Telegram guna. Dalam kedua-dua kes, kami terus berusaha sedaya mungkin untuk memastikan semua servis Telegram boleh didapati oleh semua.

S: Kenapa @PremiumBot tidak berfungsi untuk saya?

Ini mungkin disebabkan oleh dua perkara – samada Telegram Premium tidak tersedia di negara anda, atau aplikasi anda dimuat turun dari App Store atau Google Play, dan oleh itu tidak menyokong @PremiumBot.

S: Kenapa saya tidak boleh melanggani dari aplikasi yang saya sedang guna?

Ciri Telegram Premium kini disokong oleh Telegram untuk Android, iOS dan macOS, juga Telegram Desktop dan Telegram Web. Klien lain, seperti Telegram X atau aplikasi pihak ketiga mungkin tidak menyokong setengah ciri Premium untuk masa ini.

S: Adakah langganan saya terpakai untuk semua akaun saya?

Setiap akaun perlu mempunyai langganan Telegram Premium tersendiri. Bila anda melanggan, akaun tersebut akan dapat mengakses ciri Premium pada mana-mana peranti yang terhubung.

S: Bolehkah saya menukar langganan saya ke akaun lain?

Untuk setakat ini ianya tidak boleh, namun, anda bebasmenukar nombor tanpa menjejas langganan anda.

S: Bolehkah saya membeli langganan premium untuk grup dan saluran saya?

Ciri Premium buat masa ini terikat kepada pengguna individu, dan boleh diguna dalam mana-mana bual – memanfaatkan bukan sahaja pengguna Premium, tetapi juga kenalan dan pelanggan mereka. Namun, pembangunan akan datang untuk Telegram Premium boleh mengandungi opsyen berfokuskan komuniti.

S: Bolehkah saya beli langganan premium untuk bot saya?

Bot Premium di masa ini tidak disokong. Telegram berkembang dengan pesat, jangan lupa mengikuti blog kami untuk menentukan jika ciri ini boleh tersedia di masa depan.

Pembayaran

S: Bolehkah saya bayar dalam bentuk mata wang tempatan?

Bila melanggan menerusi @PremiumBot, mata wang dan harga Premium bulan pertama anda adalah berdasarkan pada kod negara nombor fon akaun Telegram anda. Selepas pembayaran pertama, semua mata wang bayaran seterusnya** akan dikira dari *cara pembayaran. (Cth., jika kad anda dikeluarkan oleh bank di Indonesia, bayaran adalah dalam bentuk Rupiah.)

Untuk melayakkan anda menerima harga tempatan, kaedah pembayaran anda mesti dikeluarkan oleh institusi kewangan di negara tersebut dan mempunyai alamat bil tempatan.

Jika anda melanggan melalui Play Store atau App Store, mata wang anda akan dikira mengikut akaun anda dengan Google atau Apple.

S: Kenapakah harga langganan berbeza di aplikasi/negara saya?

Kami melakukan sebaik mungkin untuk memastikan harga Telegram Premium berada di paras yang konsisten – ini mungkin merangkumi sedikit perbezaan untuk mencerminkan taraf hidup tempatan dan memastikan Telegram Premium mampu dilanggani oleh semua pengguna. Bila anda langgani, harga yang anda nampak mungkin termasuk yuran stor atau yuran pihak ketiga, cukai tempatan dan yuran lain yang di luar kawalan Telegram.

S: Kenapa harga langganan hadiah berbeza?

Langganan hadiah mengguna kaedahkadar global agar mereka boleh dikirim kepada dan dari pengguna mana-mana negara. Anda sentiasa boleh mendapatkan seseorang untuk memulakan dengan memberi hadiah, selepas mana mereka akan dapat menyediakan langganan tempatan.

S: Kenapakah cara pembayaran kegemaran saya tidak tersedia?

Telegram bekerjasama dengan pembekal pembayaran dan stor aplikasi untuk menyediakan pelbagai kaedah pembayaran yang disokong. Jika cara bayaran anda tidak tersedia, anda seharusnya mencuba semua opsyen langganan: langganan premium akan digunakan untuk semua aplikasi yang disokong tanpa mengira yang mana satu telah diguna untuk melanggan.

S: Bolehkah saya menghadiahkan langganan premium kepada rakan saya atau kongsinya dengan keluarga saya?

Ya. Jika anda telah melanggani ke Telegram Premium, buka mana-mana profil pengguna – anda akan nampak butang 'Hadiah Premium' di bahagian Menu iOS atau Menu Android untuk mengirim mereka langganan pra bayar untuk 3, 6 atau 12 bulan. Langganan pra bayar tersedia dengan kadar diskaun.

Pembatalan

S: Bagaimana saya boleh batalkan langganan saya?

Anda boleh batalkan langganan premium anda melalui pembekal yang sama yang anda guna untuk membelinya.

  • @PremiumBot – Buka bot di Telegram dan kirim koman /stop (henti).
  • Google Play - Anda boleh urus langganan anda dengan menekan pada avatar anda di bahagian kanan atas dan layari ke Pembayaran & langganan > Langganan.
  • iOS - Sila ke Aturan iOS > Aturan ID Apple > Langganan anda.

Pembelian Telegram Premium dikendalikan oleh pihak ketiga (cth. @PremiumBot, Google Play, Apple App Store).

S: Apa akan terjadi jika saya batalkan langganan saya?

Bila anda membatal langganan anda, semua bayaran masa depan untuk Telegram Premium juga akan dibatalkan. Anda masih mempunyai akses kepada semua ciri Premium anda sehingga akhir tempoh bil anda, selepas mana langganan akan tamat.

Apabila langganan anda tamat, ciri anda akan ditarik balik seperti berikut:

  • Nama Samaran Ekstra - Anda akan terus mendapat mana-mana nama samaran yang anda telah cipta tetapi tidak akan boleh mencipta nama samaran baru awam kecuali jika anda memiliki kurang dari 10.
  • Saluran Ekstra, bual ekstra dalam folder - Saluran dan folder anda akan masih berada seperti sebelumnya , namun anda tidak akan dapat sertai lagi saluran atau tambah bual baru ke folder tersebut.
  • Folder Ekstra - 10 Folder pertama akan terus berfungsi. Mana-mana folder tambahan akan dikunci.
  • GIF Ekstra - Mana-mana GIF melebihi 200 akan tersembunyi.
  • Bio Lebih Panjang - Bio anda tidak akan bertukar, tetapi anda tidak akan dapat menyimpan mana-mana suntingan kecuali kalau jumlah aksara kurang dari 70.
  • Bual Disemat Ekstra - Tiada pertukaran untuk sematan 5 bual pertama anda, tetapi sematan tambahan akan diturunkan.
  • Kelajuan Muat Turun - Fail anda akan dimuat turun dengan kelajuan standard.
  • Lencana Premium - Lencana premium anda akan tidak kelihatan lagi.

Semua ciri-ciri percuma akan kekal seperti sebelum melanggan.

S: Apa akan terjadi sekiranya saya menukar nombor telefon?

Anda boleh tukar nombor fon yang dikaitkan dengan akaun anda tanpa hilang langganan anda – langganan anda dihubungi ke akaun Telegram, bukan ke nombor fon.

S: Apa akan terjadi sekiranya saya nyahpasang aplikasi Telegram saya?

Mengenyahpasang tidak akan membatal langganan anda – ia akan terus tersedia pada mana-mana peranti di sepanjang tempoh. Ambil perhatian bahawa menyahpasang aplikasi atau tidak membukanya untuk beberapa tempoh masa tidak akan menghentikan langganan, dan anda akan diberi bil pada tarikh penyambungan asalnya

S:.Apa akan terjadi jika saya hapus akaun saya?

Jika anda langgani melalui @PremiumBot, menghapus akaun anda akan menamatkan pembayaran berkala anda, kerana Bot tidak akan dapat berinteraksi dengan akaun yang tidak lagi wujud. Ianya tidak akan dapat memulang balik mana-mana bahagian bayaran yang ‘tidak diguna’ dalam tempoh bil anda.

Jika anda langgani Premium melalui App Store atau Google Play anda perlu batalkan langganan anda melalui aturan akaun Apple atau Google anda – kerana platform ini akan terus kenakan anda bayaran, walaupun jika anda hapus akaun Telegram atau aplikasi anda.

S: Adakah Premium bermakna anda tidak akan disekat?

Telegram Premium tidak membawa status keistimewaan – jika anda tidak mematuhi peraturan, Telegram mungkin akan hadkan setengah dari fungsi tersedia untuk anda, termasuk akses anda ke platform Telegram. Oleh itu, jika anda melanggar Terma Servis kami dan menerima sekatan, anda mungkin akan hilang faedah Telegram Premium dan kami tidak akan memberi apa-apa pampasan kepada anda.

Privasi dan Data

Sila lihat polisi privasi penuh kami untuk maklumat lanjut.

S: Adakah Telegram akan simpan informasi kad kredit saya?

Tidak, Telegram tidak menyimpan informasi kad kredit anda. Anda membeli langganan premium melalui pihak ketiga (cth. Google Play, Apple App Store, atau penyedia pembayaran melalui bot seperti @PremiumBot), di mana anda bersetuju pada terma servisnya dan anda juga seharusnya semak polisi privasi pembekal yang lain.

S: Apa terjadi kepada data saya?

Telegram hanya perlu nombor fon untuk mendaftar dan akses kepada kesemua fungsinya . Melanggani Telegram Premium memerlukan tindakan tambahan di mana pengguna harus memilih cara bayaran, di mana data dipindah terus ke pemproses pembayaran pihak ketiga. Sebarang maklumat individu dari cara pembayaran anda tidak akan sampai ke server Telegram, dan diproses dengan selamat secara eksklusif oleh penyedia pembayaran.

S: Jika saya melanggani, adakah juruproses bayaran akan dapat memantau apa yang saya lakukan di Telegram atau kekrerapan saya mengguna ciri premium?

Tidak, juruproses bayaran tidak boleh akses aktiviti d Telegram anda dengan apa cara pun.

S: Adakah pengguna lain akan mengetahui yang saya melanggan Telegram Premium?

Pengguna lain akan dapat melihat bahawa anda adalah pelanggan dari lencana Telegram Premium anda. Mereka tidak akan dapat melihat bagaimana anda melanggan atau berapa banyak yang anda belanja.