Saluran Telegram

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris

Saluran adalah alat untuk menyiarkan mesej awam anda kepada khalayak ramai. Saluran menawarkan peluang unik untuk berdepan dengan orang ramai secara terus, mengirim notifikasi ke fon mereka dengan setiap pos.

Saluran Telegram boleh mempunyai pelanggan tanpa had, dan, pentadbir yang mempunyai kuasa untuk pos mesej dan media. Tidak seperti Grup Telegram, saluran akan memapar nama dan foto saluran di bawah mesej – dan bukan nama pengguna yang pos mesej atau media.

Organisasi media dan orang kenamaan guna saluran untuk sentiasa berdamping dengan pembaca, pengundi dan peminat. Untuk contoh secara langsung, lihat saluran @Bloomberg, Info Coronavirus, atau sertai saluran rasmi @Telegram merangkumi status terkini kami.

Untuk cipta saluran anda sendiri, buka menu “Mesej Baru” di Telegram dan pilih “Saluran Baru”. Saluran yang baru dicipta akan bermula dengan status peribadi - tapi anda boleh sunting profil mereka untuk tukar ke awam.

Kandungan saluran awam boleh dilihat di Web tanpa memerlukan akaun Telegram dan akan terindeks oleh injin carian. Sebagai contoh, cuba t.me/s/FinancialTimes.

Video diputar secara automatik dan Media Kaya.

Saluran bukan sahaja untuk mesej teks dan link – Telegram menyokong banyak jenis kandungan, dari video putar secara auto ke stiker beranimasi, undian dan banyak lagi.

Video akan mula diputar secara automatik tanpa suara. Menekan butang suara pada peranti akan membunyikan video, mengetuk ke atasnya memutarkan video dari awal dalam mod skrin penuh.

TAJUK

Beberapa foto dikirim sekali gus akan dijadikan sebagai satu album dengan susun atur cantik – dan pelanggan akan hanya menerima satu notifikasi untuk kesemua foto.

TAJUK

Anda boleh kirim fail besar dari sebarang jenis dan imej yang tidak dikompres dalam resolusi penuh – berguna untuk kandungan seperti infografik.

TAJUK

Podkas juga mendapat perhatian khas. Aplikasi Telegram mengingati posisi terakhir anda bila menyambung main balik fail video panjang. Pengguna yang dalam kesibukan boleh mendengar audio pada kelajuan 2 kali:

Gambar skrin memapar lokasi main balik 2x untuk fail audio panjang.

Kongsian Pantas

Setiap pos di saluran mempunyai Butang Kongsi yang berguna di sebelahnya, memudahkan pelanggan untuk majukan apa jua kepada orang lain – atau simpan ke dalam Mesej Disimpan mereka.

TAJUK

Menu Kongsi Pantas juga memapar link terus ke pos anda. Mengikuti link sedemikian dalam Telegram membuka saluran dan mengetengah mesej. Jika pengguna tidak mempunyai Telegram, mereka akan nampak laman web dengan pod ditanam, seperti ini: t.me/corona/16.

Undian Hebat

Anda boleh guna undian untuk menghakimi pendapat awam, membuat keputusan dan menolong pengikut anda berhubung dengan anda.

Undian yang menunjuk siapa undi untuk opsyen mana.

Undian Bergaya Kuiz

Untuk menjadikan lebih menarik - atau tambah nilai pembelajaran kepada pos anda 🧐 – guna undian secara kuiz yang mempunyai satu jawapan betul.

TAJUK

Grup Diskusi

Jika anda ingin tahu apa yang pengguna fikir mengenai pos yang mereka lihat dan baca, anda boleh tubuhkan satu grup diskusi untuk saluran anda. Pelanggan akan nampak link “Bincang” di bahagian bawah panel. Pos baru dari saluran akan secara automatik dimajukan ke grup dan disemat di sana.

Pelanggan akan lihat butang komen untuk setiap pos di saluran. Komen kelihatan di jajaran tersendiri dan juga diposkan di grup diskusi agar senua ahli grup dapat melihatnya dan memudahkan pentadbir untuk memantau perbualan.

Pembilang Dilihat

Setiap pos di saluran ada pembilang dilihat. Mesej dilihat dari yang dimajukan ke saluran, grup dan bual peribadi juga dikira sebagai jumlah dilihat.

TAJUK

Statistik Terperinci

Statistik lanjutan boleh didapati untuk saluran yang mempunyai lebih dari 500 pelanggan. Anda boleh lihat grafik terperinci yang menarik mengenai peningkatan dan prestasi apa yang dipos.

Anda boleh membuat analisa berapa ramai pengguna sertai, keluar dan disenyapkan, apa bahasa mereka guna, bagaimana mereka berinteraksi dengan pos anda, dan bagaimana mereka temui saluran anda – dari carian Telegram, dengan mengikuti link dll.

Mesej Berjadual dan Mesej Senyap

Anda boleh merancang pos anda di peringkat awal dan biarkan mereka dipos secara langsung pada masa yang ditentukan. Untuk waktu jauh malam pula atau untuk status terkini yang tidak penting, anda boleh kirim mesej senyap yang akan memberikan notifikasi tanpa bunyi untuk pelanggan anda.

Tahan butang “Kirim” untuk mendapat opsyen mengirim:

TAJUK

Mesej Disemat

Anda boleh semat mesej untuk mudah dilihat oleh pelanggan.

TAJUK

Hasytag

Telegram menyokong hasytag - mengetuk ke atas hasytag dalam mesej akan menunjuk perantaraan carian dengan semua pos yang ditag dalam saluran. Ini adalah berguna untuk menambah lapisan navigasi untuk saluran anda dan menambah baik kenampakan pos lama anda.

TAJUK

Privasi Pelanggan

Senarai pelanggan hanya boleh dilihat oleh pemilik dan pentadbir saluran. Pelanggan tidak boleh lihat siapa lagi yang telah menjadi pelanggan saluran - atau akaun mana yang mengurus saluran.

Pentadbir Tambahan

Anda boleh lantik pentadbir tambahan untuk membantu anda mengurus saluran dan tentukan peranan mereka dengan ketepatan terperinci. Pilih siapa yang boleh tambah pelanggan baru, mengurus mesej, sunting info saluranl, atau tambah pentadbir baru.

Tandatangan Pentadbir

Ada masanya bila ianya mustahak untuk mengetahui siapa yang pos mesej tertentu. Untuk itu, anda boleh dayakan mesej bertanda di Info Saluran. Mesej baru akan bertanda dengan nama skrin yang ditentukan oleh pentadbir tetapi tidak sekali-kali akan dihubungi dengan profil mereka.

TAJUK

Mesej Ditanam

Mesej dari saluran awam boleh ditanam dengan mudah di mana-mana laman web menggunakan Widget Telegram.




Menyunting Mesej

Tersilap menaip? Ada perkataan yang tertinggal? Tak boleh sabar untuk menambah sesuatu? Anda boleh dengan mudah sunting mesej anda dalam saluran, tidak kira berapa lama mesej itu telah dipos. Ketuk di atas mesej (ketuk dua kali atau ketuk lama untuk iOS), kemudian tekan ‘Sunting’.

Menghapus Mesej

Jika anda ingin melaksanakan penyelenggaraan berkala, anda boleh hapus mana-mana mesej pada bila-bila masa, untuk setiap pelanggan. Mesej yang dihapus akan hilang dari pandangan, untuk kedua-dua pelanggan baru dan lama.