Garis Panduan Verifikasi Laman

Verifikasi

Telegram menyediakan verifikasi untuk tokoh awam dan organisasi agar pengguna boleh dengan mudah mengenali sumber rasmi. Pasukan Telegram pada amnya melakukan verifikasi ke atas saluran, bot atau grup awam rasmi yang aktif yang mempunyai akaun yang diverifikasikan sekurang-kurangnya dua dari platform di bawah:

  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • YouTube
  • Twitter
  • VK
  • Snapchat

Di seksyen bio pada platform di atas sila tambah link ke saluran Telegram, bot atau grup anda – agar kami boleh pastikan yang mereka sebenarnya adalah kepunyaan anda. Bila ini telah dilakukan, sila hubungi @VerifyBot kami untuk verifikasi.

Semakan Kepentingan

Semasa proses memohon, anda juga akan diminta untuk memberikan sekurang-kurangnya 2 link ke artikel akhbar yang menyebut anda atau organisasi anda. Untuk membantu dalam proses pengesahan, adalah lebih baik jika:

  • Penerbit adalah dikenali ramai dan sudah lama wujud
  • Artikel ditulis dalam bahasa Inggeris

Artikel mesti menyebut tokoh awam atau organisasi berkenaan, tetapi tidak perlu dilink ke Telegram.

Bagaimana jika saya tidak punyai akaun diverifikasikan pada dua dari platform di atas?

Jika anda punyai halaman tidak boleh dipertikaikan di Wikipedia, yang memenuhi syarat Garis Panduan Berkepentingan Wikipedia – dan laman tersebut mempunyai link ke saluran, bot atau grup awam Telegram anda - ianya boleh dikira sebagai satu daripada akaun yang diverifikasikan.

Untuk organisasi pula, link ke saluran Telegram dari laman web rasmi boleh juga diambil kira. Bot akan meminta data tambahan dan komen selepas memeriksa link media sosial tersebut.

Jika anda mengguna link Wikipedia atau Laman Web Rasmi dan bukannya salah satu dari akaun media sosial, sila pastikan ianya termasuk link ke saluran, grup atau bot yang anda ingin diverifikasikan oleh Telegram.

Bagaimana kalau saya tidak dapat cari 2 artikel akhbar?

Jika anda tidak mempunyai laman di Wikipedia yang memenuhi syarat Garis Panduan Kepentingan Wikipedia – dan laman itu mengandungi link ke saluran, bot atau grup awam anda di Telegram – ianya boleh diambil kira sebagai 1 dari link kenyataan akhbar yang disyaratkan di atas.

Dalam kes organisasi, link ke saluran Telegram dari laman web rasmi organisasi juga boleh diambil kira. Bot akan menawarkan permintaan untuk diserahkan data tambahan dan ulasan selepas menyemak link media sosial.

Apakah maksud verifikasi?

Ia bermakna saluran, grup atau bot adalah rasmi dan pengesahan permohonan mereka telah diluluskan oleh Telegram. Mana-mana organisasi atau tokoh masyarakat dialu-alukan untuk memohon verifikasi – proses dan syarat adalah sama untuk semua pemohon.

Lencana khas Semakan Verifikasi akan terpapar untuk bual yang diverifikasikan pada laman info mereka, dan juga pada senarai bual dan hasil carian pengguna.

Verifikasi adalah bukan satu pengesahan mana-mana pendapat atau konten yang dikongsi di bual – sebaliknya, ia bertujuan untuk memberi pengguna, wartawan dan penyelidik kaedah untuk mengenal pasti sumber rasmi.

Bolehkah akaun pengguna saya diverifikasikan?

Maaf, Telegram tidak melakukan verifikasi untuk akaun pengguna setakat ini. Verifikasi hanya dilakukan untuk saluran, grup rasmi bersaiz besar dan bot.

Adakah saya perlukan verifikasi?

Sila ambil perhatikan bahawa verifikasi tidak memberi apa-apa keistimewaan di Telegram - ianya hanya salah satu kaedah untuk menunjukkan saluran, grup atau bot anda adalah rasmi. Link ke Telegram di laman rasmi anda atau akaun rasmi di tempat lain boleh memberi keputusan yang sama.

Bagaimana saya boleh menukar nama atau link pendek selepas diverifikasikan?

Saluran, grup atau bot yang telah diverifikasikan tidak boleh menukar nama atau link pendek (t.me/…). Jika pertukaran diperlukan, anda boleh batalkan status verifikasi dahulu. Hubungi @VerifyBot dan kirim /unverify (batal verifikasi). Anda kemudian boleh dapatkan balik verifikasi menggunakan bot setelah melakukan pindaan perlu.