Soalan Lazim ini merangkumi soalan utama mengenai Telegram Premium.
Sila semak Terma dan Servis Premium kami untuk makluman lanjut, dan juga Soalan Lazim asas kami untuk soalan umum mengenai Telegram.
Umum
Ciri
Ketersediaan
Pembayaran
Pembatalan
Privasi dan Data
Telegram Premium adalah servis opsyen langganan yang membuka ciri tambahan eksklusif, dalam masa yang sama membantu pembangunan aplikasi. Ianya sebahagian dari monetisasi mampan Telegram – didorong oleh pengguna kami, dan bukannya oleh pengiklan atau pemegang saham. Dengan cara ini, Telegram boleh terus kekal berdikari dan memberi prioriti kepada pengguna terlebih dahulu.
Buat masa ini, semua pengguna Premium menerima:
Saluran @Premium mengandungi penerangan terperinci untuk setiap ciri, dan juga senarai kesemua stiker Premium.
Pengguna boleh langgani melalui App Store, Google Play (Aturan Telegram > Telegram Premium) atau @PremiumBot. Melanggan melalui bot memberi pengguna harga diskaun, oleh kerana pembayaran tidak tertakluk kepada yuran dari Apple atau Google.
@PremiumBot kini boleh diakses dari versi terus Telegram Android, Desktop dan aplikasi macOS.
Ya! Semua ciri yang tercipta sebelum Telegram Premium diperkenalkan akan terus percuma untuk diguna – termasuk storan awan tanpa had, grup dan saluran gergasi, panggilan suara dan video, sokongan untuk pelbagai peranti dan akaun, beribu stiker dan ciri-ciri lain yang sukar dihitung. Lagipun, kemaskini Telegram di masa depan akan terus menambah ciri baru untuk semua pengguna.
Tiada halangan untuk pengguna bukan Premium. Malah, banyak ciri Premium juga dimanfaat secara percuma . Sebagai contoh, sesiapa juga boleh memuat turun fail bersaiz 4GB yang dimuat naik oleh pengguna Premium, menonton animasi stiker premium, atau tekan untuk menambah bilangan kepada reaksi eksklusif yang telah ditambah oleh pengguna premium.
Senarai penuh ciri premium tersedia di saluran @Premium.
Ya, pengguna yang tidak melanggan akan masih menerima banyak ciri baru. Telegram Premium membolehkan kami menawarkan semua sumber tenaga kami untuk memenuhi permintaan pengguna, dalam beberapa tahun yang lalu, dan dalam masa yang sama meneruskan akses percuma kepada permesejan yang paling hebat di planet.
Jika anda melanggan Telegram Premium, akaun anda boleh akses kepada semua ciri premium yang tersedia. Setengah klien mungkin tidak menyokong dalam masa terdekat satu atau beberapa ciri ini – untuk memanfaat langganan anda, cuba ambil kesempatan penuh degan mengguna salah satu dari aplikasi rasmi kami, seperti Telegram untuk Android, iOS, Desktop dan macOS.
Melanggani akan membebaskan had kelajuan muat turun dari pihak Telegram. Jika kelajuan muat turun anda tidak meningkat, anda mungkin menghadapi batasan lain seperti peranti anda, pembekal internet, dll.
Lihat Terma Servis kami untuk keterangan lanjut.
Lencana akan kelihatan di sebelah nama untuk semua pelanggan Telegram Premium.
Setengah ciri premium boleh diakses oleh pengguna yang tidak melanggan, asalkan pelanggan premium menggunanya terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda melanggan dan tambah reaksi premium ke mesej, rakan anda boleh menambah reaksi sejenis kepada mesej tersebut. Ini juga terpakai untuk fail: mana-mana pengguna boleh memuat turun fail besar bersaiz 2+GB yang dimuat naik oleh pengguna premium.
Mesej Ditaja rasmi adalah sangat sedikit, iklan tanpa sasaran yang Telegram mungkin pamirkan di setengah saluran awam satu-ke-ramai yang mempunyai ramai pelanggan. Iklan ini akan tersembunyi untuk pengguna yang melanggani Telegram Premium.
Pentadbir saluran mungkin akan mengepos konten untuk mempromosi dalam komuniti mereka – ini adalah di luar kawalan Telegram, dan ianya akan masih terpapar untuk pengguna Premium.
Sila lihat Terma Servis kami untuk keterangan lanjut.
Saluran boleh akses setengah ciri Premium dengan menerima tingkat dari pelanggan Premium. Untuk setiap tahap mereka maju, saluran boleh pos 1 stori tambahan per hari dan boleh tambah 1 lagi reaksi tersuai. Setiap tahap juga membuka opsyen pengkhususan seperti status emoji, tema dan kertas dinding tersuai. Di sini adalah keperincian untuk setiap tahap.
Saluran dinaikkan tahap dengan menerima tingkat dari pelanggan Premium subscribers mereka atau dengan melakukan pemberian. Berkongsi link unik tingkat anda dengan pelanggan membolehkan pengguna Premium beri tingkat mereka ke saluran anda. Dengan menjadi hos kepada pemberian, saluran anda akan dengan segera menerima semua 4 tingkat dari setiap pelanggan Premium yang dihadiahkan.
Untuk mencari link tingkat anda, mula pemberian atau semak tahap saluran anda, buka Profil Saluran > Aturan Saluran > Statistik dan Tingkat > Tingkat.
Pentadbir saluran boleh hadiah Telegram Premium kepada rakan dan kenalan mereka – dan menerima 3 tingkat untuk setiap hadiah, yang anda boleh agihkan secara peribadi kepada saluran anda tanpa melakukan pemberian.
Setiap saluran perlu nombor tingkat berlainan untuk naikkan tahap – berdasarkan kepada jumlah pelanggan mereka. Untuk setiap tahap yang diperolehi, mereka membuka lebih banyak ciri dan opsyen penyesuaian
Ya, anda boleh langgan ke Telegram Premium dari mana-mana aplikasi atau platform yang anda gemar – walaupun anda jarang mengguna peranti tersebut. Ciri Premium tersegerak ke seluruh akaun anda, dan tersedia pada semua peranti.
Melanggan melalui @PremiumBot dalam Aplikasi Terus adalah lebih murah daripada mendaftar melalui Google Play atau App Store.
Tidak. Satu akaun Google/ID Apple hanya menyokong satu langganan aktif dalam satu-satu masa. Untuk lebih dari satu akaun, anda boleh guna @PremiumBot pada aplikasi disokong untuk membeli langganan tambahan.
Ada kemungkinan undang-undang dan peraturan tempatan tidak memungkinkan orang dari mengakses Telegram Premium dari negara anda. Juga ada kemungkinan negara anda tidak disokong oleh pemproses pembayaran yang Telegram guna. Dalam kedua-dua kes, kami terus berusaha sedaya mungkin untuk memastikan semua servis Telegram boleh didapati oleh semua.
Ini mungkin disebabkan oleh dua perkara – samada Telegram Premium tidak tersedia di negara anda, atau aplikasi anda dimuat turun dari App Store atau Google Play, dan oleh itu tidak menyokong @PremiumBot.
Ciri Telegram Premium kini disokong oleh Telegram untuk Android, iOS dan macOS, juga Telegram Desktop dan Telegram Web. Klien lain, seperti Telegram X atau aplikasi pihak ketiga mungkin tidak menyokong setengah ciri Premium untuk masa ini.
Setiap akaun perlu mempunyai langganan Telegram Premium tersendiri. Bila anda melanggan, akaun tersebut akan dapat mengakses ciri Premium pada mana-mana peranti yang terhubung.
Untuk setakat ini ianya tidak boleh, namun, anda bebasmenukar nombor tanpa menjejas langganan anda.
Ciri Premium buat masa ini terikat kepada pengguna individu, dan boleh diguna dalam mana-mana bual – memanfaatkan bukan sahaja pengguna Premium, tetapi juga kenalan dan pelanggan mereka. Namun, pembangunan akan datang untuk Telegram Premium boleh mengandungi opsyen berfokuskan komuniti.
Bot Premium di masa ini tidak disokong. Telegram berkembang dengan pesat, jangan lupa mengikuti blog kami untuk menentukan jika ciri ini boleh tersedia di masa depan.
Bila melanggan menerusi @PremiumBot, mata wang dan harga Premium bulan pertama anda adalah berdasarkan pada kod negara nombor fon akaun Telegram anda. Selepas pembayaran pertama, semua mata wang bayaran seterusnya** akan dikira dari *cara pembayaran. (Cth., jika kad anda dikeluarkan oleh bank di Indonesia, bayaran adalah dalam bentuk Rupiah.)
Untuk melayakkan anda menerima harga tempatan, kaedah pembayaran anda mesti dikeluarkan oleh institusi kewangan di negara tersebut dan mempunyai alamat bil tempatan.
Jika anda melanggan melalui Play Store atau App Store, mata wang anda akan dikira mengikut akaun anda dengan Google atau Apple.
Kami melakukan sebaik mungkin untuk memastikan harga Telegram Premium berada di paras yang konsisten – ini mungkin merangkumi sedikit perbezaan untuk mencerminkan taraf hidup tempatan dan memastikan Telegram Premium mampu dilanggani oleh semua pengguna. Bila anda langgani, harga yang anda nampak mungkin termasuk yuran stor atau yuran pihak ketiga, cukai tempatan dan yuran lain yang di luar kawalan Telegram.
Langganan hadiah mengguna kaedahkadar global agar mereka boleh dikirim kepada dan dari pengguna mana-mana negara. Anda sentiasa boleh mendapatkan seseorang untuk memulakan dengan memberi hadiah, selepas mana mereka akan dapat menyediakan langganan tempatan.
Telegram bekerjasama dengan pembekal pembayaran dan stor aplikasi untuk menyediakan pelbagai kaedah pembayaran yang disokong. Jika cara bayaran anda tidak tersedia, anda seharusnya mencuba semua opsyen langganan: langganan premium akan digunakan untuk semua aplikasi yang disokong tanpa mengira yang mana satu telah diguna untuk melanggan.
Ya. Jika anda telah melanggani ke Telegram Premium, buka mana-mana profil pengguna – anda akan nampak butang 'Hadiah Premium' di bahagian atau untuk mengirim mereka langganan pra bayar untuk 3, 6 atau 12 bulan. Langganan pra bayar tersedia dengan kadar diskaun.
Anda boleh batalkan langganan premium anda melalui pembekal yang sama yang anda guna untuk membelinya.
/stop
(henti).Pembelian Telegram Premium dikendalikan oleh pihak ketiga (cth. @PremiumBot, Google Play, Apple App Store).
Bila anda membatal langganan anda, semua bayaran masa depan untuk Telegram Premium juga akan dibatalkan. Anda masih mempunyai akses kepada semua ciri Premium anda sehingga akhir tempoh bil anda, selepas mana langganan akan tamat.
Apabila langganan anda tamat, ciri anda akan ditarik balik seperti berikut:
Semua ciri-ciri percuma akan kekal seperti sebelum melanggan.
Anda boleh tukar nombor fon yang dikaitkan dengan akaun anda tanpa hilang langganan anda – langganan anda dihubungi ke akaun Telegram, bukan ke nombor fon.
Mengenyahpasang tidak akan membatal langganan anda – ia akan terus tersedia pada mana-mana peranti di sepanjang tempoh. Ambil perhatian bahawa menyahpasang aplikasi atau tidak membukanya untuk beberapa tempoh masa tidak akan menghentikan langganan, dan anda akan diberi bil pada tarikh penyambungan asalnya
Jika anda langgani melalui @PremiumBot, menghapus akaun anda akan menamatkan pembayaran berkala anda, kerana Bot tidak akan dapat berinteraksi dengan akaun yang tidak lagi wujud. Ianya tidak akan dapat memulang balik mana-mana bahagian bayaran yang ‘tidak diguna’ dalam tempoh bil anda.
Jika anda langgani Premium melalui App Store atau Google Play anda perlu batalkan langganan anda melalui aturan akaun Apple atau Google anda – kerana platform ini akan terus kenakan anda bayaran, walaupun jika anda hapus akaun Telegram atau aplikasi anda.
Telegram Premium tidak membawa status keistimewaan – jika anda tidak mematuhi peraturan, Telegram mungkin akan hadkan setengah dari fungsi tersedia untuk anda, termasuk akses anda ke platform Telegram. Oleh itu, jika anda melanggar Terma Servis kami dan menerima sekatan, anda mungkin akan hilang faedah Telegram Premium dan kami tidak akan memberi apa-apa pampasan kepada anda.
Sila lihat polisi privasi penuh kami untuk maklumat lanjut.
Tidak, Telegram tidak menyimpan informasi kad kredit anda. Anda membeli langganan premium melalui pihak ketiga (cth. Google Play, Apple App Store, atau penyedia pembayaran melalui bot seperti @PremiumBot), di mana anda bersetuju pada terma servisnya dan anda juga seharusnya semak polisi privasi pembekal yang lain.
Telegram hanya perlu nombor fon untuk mendaftar dan akses kepada kesemua fungsinya . Melanggani Telegram Premium memerlukan tindakan tambahan di mana pengguna harus memilih cara bayaran, di mana data dipindah terus ke pemproses pembayaran pihak ketiga. Sebarang maklumat individu dari cara pembayaran anda tidak akan sampai ke server Telegram, dan diproses dengan selamat secara eksklusif oleh penyedia pembayaran.
Tidak, juruproses bayaran tidak boleh akses aktiviti d Telegram anda dengan apa cara pun.
Pengguna lain akan dapat melihat bahawa anda adalah pelanggan dari lencana Telegram Premium anda. Mereka tidak akan dapat melihat bagaimana anda melanggan atau berapa banyak yang anda belanja.